Monday, June 23, 2008

Anwar dilanda sindrom ‘gila kuasa’

Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini seolah-olah dilanda sindrom ‘gila kuasa’ kerana sanggup melakukan pelbagai provokasi bagi tujuan melemahkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Bung Moktar Radin berkata, Anwar sepatutnya sedar dan akur bahawa pakatan pembangkang kalah dan tidak berjaya untuk membentuk Kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum yang lalu.

Menurut beliau, Anwar dengan angkuh menjaja nama ahli-ahli Parlimen BN kononnya akan berpaling tadah menyokong pakatan pembangkang, sedangkan hakikatnya rakyat telah membuat pilihan dan memberi mandat kepada BN untuk memerintah.

‘‘Kita lihat Anwar sekarang seperti ‘orang gila’ kuasa kerana dia buat kenyataan tanpa fakta kononnya Ahli Parlimen BN sertai dia. Ini semua gimik politik dan provokasi.

“Sebetulnya, bila parti dia kalah, dia mahu cuba dengan cara lain untuk memerintah. Beginilah keadaan orang ‘gila kuasa’ sehingga lupa budaya berpolitik, dia akan mencari helah dan apa juga jalan untuk melemahkan kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Anwar semalam bahawa pakatan pembangkang dijangka dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baru sebelum sambutan Hari Malaysia iaitu pada 16 September ini.

Anwar antara lain berkata, pakatan pembangkang telah mempunyai sebilangan Ahli Parlimen BN yang akan berpaling tadah tetapi tidak mahu tergesa-gesa membuat pengumuman secara terbuka.

Bung Mokhtar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, Ahli Parlimen BN di negeri ini adalah mereka yang mempunyai maruah, dan sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat, tidak mungkin akan melompat parti dengan begitu mudah.

2 comments:

infogue said...

artikel anda :

http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/anwar_dilanda_sindrom_gila_kuasa

promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!

AIDC said...

Anwar mengakui hubungan dengan Yahudi

http://www.youtube.com/watch?v=je403BiF6Pc


Anwar kata NO to Negara Islam & Mahkamah Syariah

http://www.youtube.com/watch?v=b1xVDkj1Njw&feature=related

sumber :
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com