Wednesday, May 21, 2008

SELANGOR MAJU?


MENTERI BESAR SELANGOR..
DIAPIT OLEH RAKAN SEPERJUANGAN..
ADAKAH SEPERTI PERJUANGAN SEBELUMNYA..??

INIKAH CARANYA..???
KESAN DARIPADA KEPUTUSAN YANG DIBUAT..
RENUNGKANLAH...

Kesetiaan ahli kepada parti jamin survival Umno, BN


KEADAAN politik dalam negara tidak pernah sunyi selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 berakhir 8 Mac lalu kerana ada saja berita sensasi, kontroversi dan gempar, tercetus atau dicetus sama ada oleh tokoh dalam parti pembangkang atau Barisan Nasional (BN), termasuk apa yang terjadi ketika sidang Dewan Rakyat. Pastinya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sendiri tidak pernah sunyi daripada mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi.

Terbaru ialah kenyataannya supaya Ahli Parlimen BN keluar daripada gabungan itu buat sementara waktu bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan selepas usaha itu berjaya kembali semula ke dalam BN, bukan menyertai pembangkang.

Kelmarin, Dr Mahathir membuat kejutan apabila keluar daripada Umno dan mengajak ahli parti itu untuk turut berbuat demikian, juga dalam bentuk sementara sebelum kembali semula kepada Umno selepas Presiden parti bertukar.

Kita akui, BN khususnya Umno kini berdepan keadaan yang sukar, iaitu sukar dalam erti kata untuk memberi mesej yang tepat kepada ahli pada peringkat bawah dan pada masa sama cuba meyakinkan pemimpin Umno pada pelbagai peringkat untuk terus bersama parti itu.

Di sinilah ujian serta cabaran kepada ahli Umno dan BN. Hanya kesetiaan kepada parti akan menjamin survival Umno dan BN. Kelmarin, hampir semua Ahli Parlimen daripada Umno menyatakan sokongan padu kepada kepemimpinan Abdullah sebagai Presiden Umno serta berikrar tidak akan meninggalkan parti seperti disarankan Dr Mahathir - tindakan yang jelas menunjukkan kesetiaan mereka kepada parti.

Kita akui sebahagian besar mereka sudah menjadi Ahli Parlimen, timbalan menteri atau menteri ketika zaman Dr Mahathir. Malah, kita juga akui sebilangan mereka tetap menghormati, menyanjung dan mengingati jasa Dr Mahathir, tetapi pada masa sama, mereka tetap akur kepada amalan demokrasi.

Amalan demokrasi ialah menghormati keputusan rakyat yang memilih BN untuk memerintah dan gabungan 14 parti pemerintah memilih Presiden Umno - yang memimpin parti yang mendapat majoriti - untuk mengetuai kerajaan.

Benar, BN tidak memperoleh majoriti dua pertiga, tetapi ia tetap majoriti dalam bentuk majoriti mudah untuk memerintah. Menyingkirkan Perdana Menteri secara tidak demokratik seperti desakan Dr Mahathir adalah bercanggah dengan amalan demokrasi dan sistem berperlembagaan.

Kaedah disyorkan Dr Mahathir, iaitu untuk ahli Umno keluar parti dan Ahli Parlimen BN keluar BN buat sementara sememangnya boleh dilakukan, tetapi itu satu bentuk ugutan, cara kasar dan membelakangi kehendak rakyat. Dr Mahathir sendiri sebelum ini kerap menasihatkan ahli parti supaya terus setia kepada parti, bukan pemimpin.

Dalam keadaan sekarang, semua ahli Umno yang taat kepada parti dan ahli BN perlu bersatu untuk terus berdiri teguh di belakang Abdullah selaku Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi BN. Hanya kesetiaan itu akan menjamin kestabilan politik. Malah, orang Umno sendiri sudah cukup matang dan sebarang krisis timbul seperti yang pernah berlaku sebelum ini, berjaya diselesaikan dengan ‘cara Umno’.

Bagaimanapun, untuk merapatkan lagi perpaduan dan menunjukkan kesetiaan kepada parti, pemimpin Umno sekarang perlu memikirkan langkah seterusnya bagaimana menenangkan keadaan supaya tidak menjadi parah yang boleh mengundang ‘barah’ dalam Umno.

Kita percaya Umno boleh menangani masalah dalamannya. Sememangnya, sebelum ini pun sudah banyak kali pemimpin, termasuk bekas Presidennya bertindak keluar parti, tetapi Umno tetap wujud dan terus menjadi nadi kepada kerajaan BN.

‘Dakwaan Anwar cakap kosong’

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) KS Nallakaruppan semalam mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bercakap benar berhubung dakwaannya yang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan melompat menyertai pembangkang.

Beliau berkata, apa saja dakwaan bekas rakan baiknya itu berhubung wakil rakyat BN akan melompat parti tidak patut diterima atau dipercayai. "Dia berbohong, saya tidak percayakannya," katanya di lobi Parlimen semalam.

Mengulas lanjut, Nallakaruppan berkata, walaupun sudah mengenali Anwar selama 30 tahun, apa yang beliau mahu lakukan sekarang adalah menjauhkan diri daripada bekas Timbalan Perdana Menteri itu buat selama-lamanya.

Ditanya adakah beliau meragui kenyataan dan hubungannya dengan Anwar dan dakwaan Penasihat PKR itu ‘Prime Minister - in - waiting’ (bakal Perdana Menteri), Nallakarupan berkata: "Beliau (Anwar) boleh terus menunggu".
Terdahulu, Nallakarupan mengadakan pertemuan singkat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyatakan sokongannya kepada kepemimpinan Abdullah sebagai Perdana Menteri.

"Saya tidak fikir beliau seorang pemimpin yang lemah. Beliau adalah pemimpin yang baik," katanya sambil menambah sudah mengenali Abdullah selama beliau mengenali Anwar.

Katanya, antara isu yang dibincangkan dalam pertemuan dengan Abdullah adalah permohonan MUIP untuk menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai lanjutan kepada permohonan bertulis yang dikemukakan kepada Pengerusi BN itu selepas pilihan raya umum lalu. "
Saya mengharapkan yang terbaik. Beliau berhak menerima atau menolak permohonan itu," katanya dan menambah beliau yakin partinya dapat menarik lebih banyak ahli jika diterima menyertai BN.

Nallakarupan berkata, tiada salahnya jika BN mempunyai satu lagi parti berasaskan kaum India asalkan setiap parti memberi khidmat kepada rakyat.
Ditanya kenapa beliau menubuhkan parti baru dan tidak menyertai MIC yang sememangnya komponen BN, Nallakarupan berkata, pihaknya tidak dijemput menyertai semula bekas partinya itu.

Mengenai hubungannya dengan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, beliau menganggap bekas Menteri Kerjaraya itu sebagai kawan baiknya. "Beliau banyak mengajar saya. Beliau adalah guru saya," katanya.

Fahami ketepatan maksud ketuanan Melayu

KETUANAN Melayu telah dikaitkan sebagai antara faktor penyumbang kekalahan kerusi-kerusi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum baru-baru ini. Kononnya istilah itu menakutkan masyarakat bukan Melayu, sehingga timbul persepsi yang salah terhadap maksudnya yang sebenar. Ia juga "dipakejkan" oleh parti pembangkang sebagai satu alat untuk menindas kaum-kaum lain.

Di laman-laman blog dan beberapa akhbar berbahasa Inggeris pula telah menterjermahkan Ketuanan Melayu sebagai Malay Supremacy yang bersifatkan perkauman.

Manakala yang terbaru pula seorang menteri kanan dari parti komponen menggesa supaya perkataan "ketuanan" itu tidak digunakan langsung. Hujah beliau perkataan "tuan" lawannya adalah "hamba", oleh yang demikian menggambarkan bahawa seolah-olah bangsa bukan Melayu sebagai "hamba".

Adalah sungguh malang sekali dalam usaha mereka memutarbelitkan kenyataan pejuang-pejuang Ketuanan Melayu ini , pihak pro-pembangkang telah berjaya melahirkan perasaan benci, meluat dan menyampah masyarakat bukan Melayu terhadap orang-orang Melayu itu sendiri, seperti yang telah diungkapkan oleh Awang Selamat di dalam Utusan Malaysia, 13 Mei 2008.

Perkembangan ini amat membimbangkan kerana agenda dan maksud sebenar Ketuanan Melayu telah menyimpang jauh hasil daripada eksploitasi pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik. Adalah menjadi kewajipan setiap pemimpin yang mendukung dan menyokong konsep Ketuanan Melayu ini untuk memberikan penjelasan kepada segenap lapisan masyarakat.

Langkah ini penting supaya ketidakpuasan hati dan kekeliruan mengenai is- tilah ketuanan Melayu dapat ditangani demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum.
Andaian "Ketuanan Melayu" sebagai si- nonim dengan penghambaan atau peminggiran kaum-kaum lain adalah amat tidak berasas sama sekali. Ia tidak serupa dengan "ketuanan satu bangsa" yang pernah dilaungkan oleh bekas Presiden parti One Nation yang berhaluan kanan.

Pauline Hanson secara terang-terangan berkempen untuk mendiskriminasi etnik- etnik minoriti di Australia, sehingga pada satu ketika pernah mencadangkan penghantaran pulang bangsa-bangsa Asia yang bermastautin di Australia pada tahun 90an. Ketuanan Melayu juga tidak boleh diterjermahkan sebagai Malay Supremacy yang sebenarnya membawa maksud "Keagungan Melayu".

Contoh-contoh rejim yang mempromosikan keagungan kaum adalah seperti parti Nazi di Jerman pada era 1930an dan 1940an yang mengagungkan bangsa mereka sebagai masterclass tetapi menindas kaum Yahudi.

Zionis di Israel pula menganggap bangsa Yahudi sebagai bangsa "terpilih oleh tuhan" tetapi menzalimi bangsa Palestin, Apartheid di Afrika Selatan yang menindas etnik majoriti kulit hitam dan Klu Klux Klan di Amerika Syarikat yang melihat kaum kulit putih sebagai master race tetapi menanam perasaan jijik dan benci terhadap bangsa-bangsa lain, terutamanya dari Afrika.

Berdasarkan juga kepada contoh-contoh di atas, setiap rejim yang "mengagungkan" sesuatu bangsa akan menzalimi dan mendiskriminasi kaum yang lain. Persoalannya, adakah bangsa bukan Melayu di Malaysia ini ditindas? Adakah suara-suara yang melaung-laungkan Ketuanan Melayu ini juga terlibat dalam kempen membencikan kaum-kaum lain?

Maksud sebenar Ketuanan Melayu adalah lebih mirip kepada Malay Dominance dan bukannya Malay Supremacy atau Malay Superiority. Ia kerap dilaungkan dengan lantang kerana Melayu tidak dominan di dalam sektor ekonomi, kerjaya, pendidikan dan juga politik. Di dalam senarai Forbes 2008, hanya terdapat seorang Melayu di dalam senarai 10 lelaki terkaya di Malaysia. Eksekutif Melayu hanya di syarikat-syarikat milik kerajaan tetapi bilangan mereka di sektor swasta terlalu kurang.

Ini secara langsung menyumbangkan kepada statistik yang menunjukkan bahawa pendapatan seisi rumah keluarga Melayu merupakan yang terendah antara ketiga-tiga kaum. Pelajar-pelajar Melayu yang unggul semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak cemerlang di peringkat universiti. Bahkan, di sektor yang sepatutnya ditunjangi oleh Melayu seperti Perbankan Islam dan Hub Halal, Melayu sudah ketinggalan.

Inilah yang menjadi agenda sebenar pejuang-pejuang Ketuanan Melayu, yang tidak mahu melihat bangsa mereka yang merupakan bangsa paling dominan dari segi bilangannya di negara tercinta ini, hanya menjadi dominan di dalam "sektor" yang menghasilkan Mat Rempit, penagih dadah, keciciran sekolah, pengangguran, bohsia, muflis, kemiskinan tegar dan akhir sekali, perpecahan antara satu sama lain. Memperjuangkan Ketuanan Melayu bermaksud menaikkan martabat orang Melayu, supaya ia menjadi satu bangsa yang kuat, maju, bersatu dan disegani.

Utusan online 15 may 2008

AYUH PEMIMPINKU... TERUSKAN PERJUANGANMU..

Bersalaman di masjid ketika majlis pengebumian Tan Sri S.M Nasimuddin.

Syarat Pertama:"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," kata Tun M.
Syarat Kedua:“Jangan masuk mana-mana parti lain jika keluar dari parti UMNO.” Kata Tun M.Jika begitu, tidak perlu terikut dan terpengaruh dengan gesaan Tun M untuk keluar dari parti UMNO.

Rasionalnya, Tun M masih lagi mengiktiraf hanya parti UMNO yang boleh mendaulatkan agama Islam dan orang Melayu. Parti parti lain seperti PAS dan PKR tidak boleh buat apa yang UMNO telah buat.Tun M nampaknya sengaja untuk memprovokasi sesetengah pihak untuk mencuba sejauh mana kekuatan sebenar Pak Lah sebelum pemilihan UMNO pada hujung tahun ini. Ahli-ahli UMNO tidak perlu terburu buru dalam membuat sebarang keputusan yang akan merugikan bangsa.

Pemilihan UMNO adalah pentas untuk luahan sebenar tentang apa yang dirasakan baik untuk kepimpinan parti. Bersabarlah menanti pemilihan sebenar. Lihatlah siapa yang paling suka bila konflik berlaku dalam parti terbesar Melayu ini? Bayangkan betapa gembiranya think tank neo konservatif barat bila mendapat tahu bahawa pemimpin Melayu sedang bergasak sesama sendiri sekali lagi. Jarum mereka telah berjaya ?.

Apakah mereka tidak berasa dengki melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, tetapi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menterinya ialah orang Melayu? Apakah mereka tidak merasa cemburu melihat UMNO yang mendominasi kabinet kerajaan Malaysia?.
Tan Seng Giaw (Timbalan Pengerusi DAP) telah menyatakan bahawa ``Apa sebab Dr. Mahathir mahu keluar dari UMNO. Apakah kerana masalah kepimpinan atau sebagainya.

Kita pun tidak faham.`Adakah Dr. Mahathir keluar UMNO kerana menganggap parti itu sudah tidak relevan lagi,’’ Ini satu sindiran yang tajam pada orang Melayu. Apakah Tan Seng Giaw gembira melihat orang Melayu bergasak sesama sendiri?. Apakah Karpal akan semakin naik tocang selepas ini?

Tidak perlu meletakan emosi dan pendapat peribadi melebihi perlembagaan dan prinsip parti. Kasihanilah orang bawahan yang berjuang bersungguh sungguh untuk parti. Kalau ada pun konflik atasan, jangan biarkan orang di peringkat cawangan (kampung) terjebak sama dalam konflik.

Gajah bergasak dengan gajak, kasihanilah kancil yang tersepit di celah celah. Bila orang bawahan lihat konflik diperbesarkan, tanpa terlebih dahulu melihat maksud tersirat sesuatu perkara, maka mereka akan jadi gelisah, keliru dan bimbang. Dulu pernah terjadi konflik antara Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman, antara pengasas UMNO dan bapa kemerdekaan. Namun akhirnya, ianya reda dan rakyat kembali pada perjuangan yang sebenar.

Usah kelirukan rakyat dan biarkan mereka dalam dilema. Kasihanilah orang bawahan. Banyak lagi perkara yang perlu diutamakan berbanding melayan perspektif suka dan tidak suka pada seseorang. Percayalah, konflik hanya sementara.

Suatu hari semuanya akan bertaup kembali seperti gambar di atas. Tetaplah berada dalam perjuangan, kerana kalau kita sibuk bergasak, ada orang lain sedang mentertawakan dan bertepuk tangan melihat kita bergasak. Marah pijat, jangan dibakar kelambu.

Kasihanilah orang bawahan. (EHSAN Angin Perubahan)

APA CERITA??

Enggan terbabit dalam kemelut politik Umno, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini menggesa Perdana Menteri menunaikan janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan rayaumum 8 Mac lalu.



Beliau berkata masanya sudah tiba bagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga pengerusi BN dan presiden Umno, untuk merealisasikan janji yang dibuat oleh kerajaan sebelum pilihanraya.

"MIC yang menyokong penuh kepimpinan Abdullah sebagai perdana menteri dan pengerusi BN, merasakan adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan semua janji yang telah dibuat ditunaikan...dan oleh kerana kini masanya untuk bekerja, adalah adil bagi kami untuk meminta beliau memenuhi janji itu," kata Samy Vellu kepada Bernama hari ini.

"MIC yang menyokong penuh kepimpinan Abdullah sebagai perdana menteri dan pengerusi BN, merasakan adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan semua janji yang telah dibuat ditunaikan...dan oleh kerana kini masanya untuk bekerja, adalah adil bagi kami untuk meminta beliau memenuhi janji itu," kata Samy Vellu kepada Bernama hari ini.

Samy jumpa KSN

Bernama juga melaporkan, Samy Vellu menemui Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk merayu bagi pihak 187 pelajar cemerlang India Malaysia yang gagal mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tahun ini. Samy Vellu berkata 187 pelajar itu, tiga daripadanya memperoleh 12 A1, tujuh (11 A1), 68 (10 A1), 66 (9 A1) dan 43 (8 A1) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Saya memberi penjelasan kepada Ketua Setiausaha Negara mengenai perlunya membantu pelajar ini. Ini selaras dengan aspirasi kami untuk mewujudkan sekurang-kurangnya dua profesional dalam setiap keluarga India di negara ini."Beliau amat memahami dan berjanji akan melakukan yang terbaik untuk membantu pelajar ini yang cemerlang dalam pelajaran mereka," katanya.

Pada masa ini, katanya, hanya 72 pelajar India menerima biasiswa JPA daripada 2,000 biasiswa yang ditawarkan.Katanya Setiausaha Agung MIC Datuk Dr S. Subramaniam, yang juga Menteri Sumber Manusia, S.K Devamany, Timbalan Menteri di Jabatan Pedana Menteri dan Ketua Biro Pendidikan MIC Prof Datuk T. Marimuthu juga akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pengarah JPA Tan Sri Ismail Adam petang ini untuk membincangkan perkara itu.

"Kami mengambil pendekatan serampang dua mata untuk menyelesaikan masalah ini. Kami percaya beberapa pelajar dalam senarai 187 pelajar itu akan dipertimbangkan," kata Samy Vellu.

Monday, May 12, 2008

Lestarikan Kemerdekaan Dengan Perpaduan

Malaysia selaku negara yang merdeka dan berdaulat dengan Islam dijadikan sebagai agama rasmi dan umatnya sebagai penduduk majoriti merupakan suatu nikmat terbesar yang harus disyukuri oleh umat Islam di negara ini.
Bagi mengekalkan keamanan dan kemerdekaan tersebut, semangat perpaduan antara umat Islam adalah faktor terpenting malah ia merupakan senjata yang paling ampuh dalam memastikan kedudukan Islam tidak terpinggir, ditelan oleh arus kemajuan dan pemodenan yang dipenuhi dengan segala kenikmatan yang melalaikan.

Bahkan seharusnya selaku umat yang terbaik kita hendaklah sentiasa tegas dan berpegang pada prinsip yang mahukan umatnya maju dan merdeka dalam segala aspek termasuklah merdeka daripada sebarang perkara yang menyesatkan jiwa dan minda atau dalam ertikata lain aqidah tidak terjajah dan minda tidak terpengaruh dengan ideologi-ideologi yang sesat. Maka dengan dengan wujudnya keutuhan ummah dalam sebuah negara Islam yang merdeka, agama Islam juga hendaklah didaulatkan agar berkembang selari dengan keadaan dan zaman supaya kemakmuran negara makin bertambah dan mendapat keredhaan daripada Allah,

Sesuai dengan ciri-ciri yang disebutkan di dalam al-Quran yang maksudnya: ”negeri yang baik (aman dan makmur) dan mendapat pengampunan Allah.” (Saba’: 15).

Malah lebih daripada itu, segala apa yang berlaku di negara-negara Islam lain yang menghadapi tregedi-tragedi peperangan, penderitaan akibat kebuluran, pecah belah dan hura-hara harus diambil pengajaran oleh kita semua agar tidak ditimpa nasib yang sama.

Bangkitlah wahai umat melayu... usah gadaikan negara hanya kerana nafsu dan emosi terpedaya dengan fitnah dan retorik oleh mereka yang ditaja YAHUDI..

"SAYANG DAN MENYAYANGI"

دروايتكن درڤد اناس رضي الله عنه: “ نبي محمد ساو ڤرنه برسبدا: “ تيدق اد سأورڠ ڤون د انتارا كاليان دڤندڠ برايمان سبلوم اي مڽايڠي ساوداراڽ سسام مسلم سڤرتي حالڽ "اي مڽايڠي ديريڽ سنديري
Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”

Kiblat Kita Sama..

DIMANA PUN KITA BERADA..
APAPUN FAHAMAN KITA..
SIAPA PUN DIRI KITA..
NAMUN..

KIBLAT KITA TETAP SATU.. MENGAPA KITA PERLU BERPECAH..??!! AYUH.. BERSATULAH BANGSAKU!! HADHARIKANLAH CARA FIKIRMU..!!

Saturday, May 10, 2008

UBAH CARA UMNO LAYAN PARTI KOMPONEN BN?

Tertarik dengan kenyataan terbuka penasihat Parti Gerakan baru-baru ni yang jelas menunjukkan pelbagai persepsi yang pelbagai tentang kepentingan PERPADUAN ORANG MELAYU SAAT INI..(BERITA PENUH, Malaysiakini.com) Apr 30, 08 / 6:51pm,

Penasihat Gerakan, Dr Lim Keng Yaik mencadangkan beberapa pendekatan untuk memulihkan semula kekuatan Barisan Nasional, bermula dengan mengubah cara Umno melayan parti-parti komponen BN."Langkah pertama ialah meyakinkan Umno bahawa sikap cepat puas hati, angkuh dan salah guna kuasa mesti dihentikan."Ubah cara bagaimana Umno harus melayan parti-parti komponen BN serta memberi tanggapan kepada rakyat pelbagai kaum bahawa kita sama-sama duduk semeja merancang untuk rakyat Malaysia dan bukan untuk satu kaum sahaja," katanya.Tegasnya, parti-parti komponen BN tidak boleh dilihat seolah-olah seperti meminta sedekah dan persepsi inilah yang telah bertukar menjadi undi negatif dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.Pendekatan kedua, tegas bekas menteri tenaga, air dan komunikasi itu ialah untuk kesemua 14, termasuk Umno, bergabung dan menjadikan BN sebuah parti pelbagai kaum.

Jika usaha itu gagal, katanya, 13 parti komponen BN yang lain boleh bergabung jika Umno tidak mahu berbuat demikian."Jika Umno tidak boleh menerima penggabungan BN menjadi sebuah parti pelbagai kaum [...] maka parti-parti komponen BN yang lain boleh memikirkan untuk bergabung dan menjadi rakan kepada Umno.Senario politik baru"Daripada bertindak mengikut cara masing-masing, (13 parti komponen BN itu) boleh menjadi sebuah parti yang besar dan ia akan memberi kesan yang lebih besar untuk berdepan dengan Umno," tegasnya dalam wawancara dengan Malaysiakini Isnin lalu. Dalam pilihanraya umum 8 Mac,

BN memenangi 140 kerusi parlimen tetapi gagal mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. BN juga tumbang di empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - manakala PAS berjaya mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi.Bekas presiden Gerakan mengakui bahawa beliau gagal untuk mengubah senario politik dan BN untuk menerima pendekatan politik pelbagai kaum.Lim secara tidak langsung mengakui kekalahan Gerakan itu ada kaitan dengan Umno walaupun berulang kali menegaskan bahawa beliau tidak mahu "menuding jari.""Dalam kawasan majoriti Melayu, Umno menyumbang (undi), tetapi Umno tidak menyumbangkan (undi) Melayu di kawasan bandar.Kerusi pengundi campuran yang selamat sejak 15 tahun lalu, adalah yang paling teruk terjejas (dalam pilihanraya umum ke-12)."Bukan Melayu melihat keangkuhan Umno, ketuanan Melayu, keris dihunus, dan cara mereka berucap di perhimpunan agung Umno.'Siapa puncanya'"Kita (Gerakan) juga tidak menyumbang undi. Kita juga gagal. Tetapi siapakah yang menjadi puncanya?" tegas beliau.

Ditanya mengenai pertikaian dalam Umno sekarang, Lim berkata, jika parti itu berterusan begitu, ia akan memberi kesan negatif dalam pilihanraya umum akan datang."Jika anda mahu menyelesaikan (pertikaian itu), lakukan dengan segera. Dan ia hanya boleh diselesaikan oleh pemimpin Umno. Mereka perlu tahu apa yang terbaik untuk parti tersebut," tegasnya.Umno berdepan dengan masalah dalaman apabila ada ahli-ahlinya mendesak dilakukan peralihan kuasa daripada presidennya dan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak.Sementara itu, Lim meramalkan bahawa Pakatan Rakyat juga akan berdepan dengan masalah yang dihadapi oleh BN selama ini."Mereka akan berdepan dengan masalah sama yang kita hadapi selama ini. Mereka akan terpaksa menyelesaikan masalah dengan PAS seperti kita perlu menyelesaikan masalah dengan Umno."Mereka akan perlu menyelesaikan masalah masyarakat minoriti kaum India dan yang lain-lainnya secara saksama," katanya.

WELCOME TO ALL OF YOU..

SELAMAT DATANG KE PULAU LANGKAWI KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT PUTERI...


MASIHKAH KAU INGAT AKAN SETIAP APA YANG TELAH DIPERKATAKAN INI...???