Thursday, June 5, 2008

UJIAN BUAT SEMUA..

Untuk renungan sahabat dan teman-teman yang cinta kepada tanah tumpah negara ini.. suka saya berkongsi pandangan mengenai senario politik dan isu-isu semasa negara yang agak meruncing kebelakangan ini..

Minyak dah pun naik kepada rm2.70 mulai hari ini.. setiap dari kita seakan mula melatah menunding jari menyalahkan sana dan sini.. Hakikatnya jauh disudut hati ini kebimbangan kepada masa depan negara tercinta apabila menerima SMS daripada kenalan menyalahkan kerajaan dan kepimpinan negara dalam kenaikan harga minyak..

Tak perlulah dijelaskan segala fakta hakikat sebenar punca kenaikan minyak.. begitu jua dengan keputusan post mortem yang dibuat dalam keputusan PRU ke12 baru-baru ini dengan selebar-lebarnya..

Yang pasti semua yang berlaku itu sebenarnya adalah UJIAN DAN DUGAAN ALLAH kepada kita semua dalam menempuhi hidup yang semakin mencabar ini.. Hanya 'keadaan' dan 'alat' sahaja yang berbeda... namun ianya jika diamati hanya untuk menguji loyalti kita kepada pemimpin, kesabaran kita.. kekuatan dan perpaduan kita semua... Sejauh mana kita mampu mengharungi kehidupan didunia ini,, kehidupan di negara ini, kehidupan dalam keluarga ini dengan penuh NILAI yang mantap, dengan penuh kekuatan dalam erti kata yang sebenar..

Adakah hanya dek kerana nyamuk... negara kita gadaikan.. Adakah hanya keputusan Kerajaan menaikkan harga minyak yang jelas merupakan masalah seluruh dunia ini pada hari semalam ramai rakyat malaysia melatah dan terus mendokong serta menyokong orang-orang bukan melayu khususnya mereka yang ditaja oleh yahudi yang telah sekian lama menanti detik untuk memusnahkan negara tercinta ini daripada kepimpinan melayu?

Sedarlah... kita punyai cara dan saluran yang betul dalam menyuarakan pendapat... mengadu permasalahan.. bukan dengan cara tuduh menuduh.. berburuk sangka.. Saya bimbang dek kerana hilang tahap kesabaran itu.. dek kerana rasa marah itu.. kita semua akan merasai KERUGIAN YANG HAKIKI...

Bangkitlah wahai sahabat-sahabatku.. tiada masalah yang tak boleh diselesaikan.. tiada penyakit yang tiada penawar... Bersatulah dibawah kepimpinan hari ini... bersamalah kita mencipta kegemilangan dengan penuh bijaksana...

Dan ketahuilah wahai sahabatku... Disaat ini ramai dan banyak orang yang akan mengambil kesempatan diatas kelekaan kita semua..

No comments: