Wednesday, November 5, 2008

MELAYU..


Melayu itu orang yang bijaksana,
nakalnya bersulam jenaka ,
budi bahasanya tidak terkira,
kurang ajarnya tetap santun,
jika menipu pun bersopan,
berani jika bersalah,
takut kerana benar,
janji simpan di perut ,
selalu pecah di mulut
biar mati adat,
jangan mati anak.

Melayu di tanah semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu
keturunan Aceh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai Asli Melayu
Arab dan Pakisatani semua Melayu,
Mamak dan Malbari semua Melayu
malah Mualaf bertakrif Melayu,

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan,
melorongkan jalur segala zaman
begitu luas daerah sempadan,
sayangnya kini segala kehilangan,

Melayu itu kaya falsafahnya
kias kata bidai pusaka,
akar budi bersulamkan daya
malangnya Melayu itu kuat bersorak,
terlalu ghairah pesta temasya
sedangkan kampung telah tergadai,
sawah sejalur tinggal sejengkang
tanah sebidang mudah terjual,

Meski telah memiliki telaga
tangan masih memegang tali,
sedang orang mencapai timba
bermulalah pisang tiga kali,
Melayu itu masih bermimpi, Walaupun sudah mengenal universiti,
masih berdagang di rumah sendiri
berkelahi cara Melayu,
menikam dengan pantun
menyanggah dengan senyum,
marahnya dengan diam
merendah bukan menyembah,
meninggi bukan melonjak,
Watak Melayu menolak permusuhan,
tapi jika marah tak nampak telinga
musuh dicari ke lubang cacing,
tak dapat tanduk telinga dijinjing
maruah dan agama dihina jangan ,
hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali,
silaturrahim hati yang murni
maaf diungkap sentiasa bersahut,
tangan dihulur segera bersambut
luka pun tidak lagi berparut,

baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
segala yang ada sanggup diberikan,
sehingga tercipta sebuah kiasan
dagang lalu nasi ditanakkan,
suami pulang lapar tak makan
anak di pangkuan mati kebuluran.

Bagaimanakah Melayu abad 21
masihkah tunduk tersipu-sipu
jangan takut melanggar pantang
jika pantang menghalang kemajuan
jangan segan menentang larangan
jika yakin kepada kebenaran
jangan malu mengucapkan keyakinan
jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

-USMAN AWANG-

Percaturan politik usah rugikan Melayu

MUTAKHIR ini ada sahaja cadangan dan tindakan yang jika dinilai kesannya dari segi jangka panjang lebih banyak merugikan orang Melayu, membelakangkan semangat kebangsaan dan melebarkan lagi jurang antara kaum di tanah air ini.

Mengapa atas alasan keadilan untuk semua kaum maka hak dan kepentingan orang Melayu juga yang tidak sudah-sudah 'diusik' walhal keadilan dan kesamarataan sebenarnya adalah dua konsep yang berbeza?

Tambah mengecewakan apabila sebahagian pemimpin Melayu sendiri tidak memanfaatkan kuasa yang ada, sebaliknya memberi lebih muka kepada orang lain dengan menafikan hak orang Melayu sendiri.

Bermula dengan pemberian tanah selama puluhan tahun kepada penduduk kampung baru Cina, diikuti kemudian dengan ratusan hektar tanah untuk sekolah persendirian Cina.
Ini termasuklah pelantikan bukan Melayu untuk mengemudi sebuah badan kerajaan yang penting bagi tujuan pembangunan dan kemajuan orang Melayu di kawasan bandar.

Selain itu, tindakan mahu menukar secara berperingkat status sekolah jenis kebangsaan (SJK) daripada bantuan modal kepada bantuan penuh serta pemasangan papan tanda pelbagai bahasa jelas bercanggah dengan semangat sistem pendidikan kebangsaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan.

Malah, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) juga telah menafikan peranan murid-murid Melayu khususnya untuk menelaah ilmu dalam bahasanya sendiri pada ketika anak-anak kaum lain selesa mengikuti subjek yang sama dalam bahasa mereka.

Ada pihak pula menuduh Dasar Ekonomi Baru (DEB) bersifat perkauman Melayu meskipun pegangan ekuiti bumiputera tidak sampai 20 peratus. Sedangkan, kekayaan orang lain tidak pernah dirampas malah semakin kukuh sepanjang 30 tahun pelaksanaan dasar yang mempunyai matlamat serampang dua mata itu.

Namun, apa pula relevannya dengan langkah 'serampang satu mata' iaitu penubuhan sebuah jawatankuasa Kabinet khas memelihara hal ehwal dan kepentingan kaum tertentu? Tidakkah itu terang-terang bersifat perkauman?

Perlu ditegaskan, agenda menangani permasalahan ekonomi dan ekuiti bumiputera bukan bersifat kepentingan perkauman tetapi sebenarnya melibatkan kepentingan nasional.

Bayangkan jika masyarakat bumiputera iaitu majoriti penduduk di negara ini tidak diberi perhatian, sebaliknya kehendak dan tuntutan orang lain pula yang dimanjakan secara berlebihan, adakah itu akan menjamin kestabilan sosial pada masa depan?

Dalam masa yang sama, suara-suara yang galak mahukan pembentukan dan perpaduan sebuah bangsa Malaysia juga yang tegar menuntut sistem pengasingan pendidikan mengikut aliran kaum dikekalkan malah ditingkatkan sebanyak yang mungkin dengan alasan hak asasi manusia.
Walhal, identiti rakyat Malaysia yang benar-benar bersatu padu hanya akan menjadi kenyataan apabila anak-anak Malaysia berbilang kaum ditempatkan di bawah satu bumbung persekolahan yang sama iaitu sistem pendidikan kebangsaan bukannya bersekolah mengikut aliran kaum masing-masing.

Hakikatnya, percaturan politik di tanah air ini menagih strategi dan sifat kewaspadaan yang tinggi di kalangan pemimpin, pelaksana dasar dan pegawai-pegawai kerajaan yang sebahagian besarnya adalah orang Melayu.

Ini penting bagi menjamin orang Melayu tidak kalah dalam apa-apa juga keadaan yang kemudiannya dilabel sebagai tolak ansur.

Mengapa tidak kita contohi kesungguhan politik (political will) pemimpin terdahulu seperti Tun Abdul Razak dan pemimpin seangkatannya memelihara kepentingan Melayu dan mengukuhkan nilai-nilai kebangsaan pada ketika memuncaknya rasa cauvinis dan 'rasis' kaum lain pada masa itu?

Kini, orang Melayu sudah tidak ada apa untuk bertolak ansur, sebaliknya tiba giliran kaum-kaum lain pula untuk bertolak ansur dengan sedia berkongsi, bekerjasama dan menghormati hak orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Oleh sebab itu, sebarang keputusan atau tindakan yang diambil perlu dilihat dan dinilai dalam kerangka perspektif yang lebih luas dan menjangkau ke depan demi kebaikan orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Kita tidak mahu hanya kepentingan politik yang sempit maka sejarah asal usul, siasah, ekonomi dan kebudayaan tanah air ini yang sepatutnya berteraskan Melayu akan melalui satu proses transformasi yang tidak adil.

JANGAN MAIN API..


Tuesday, July 1, 2008

PLZ DO NOT TRY....


APA LAGI YANG NAK DI KATA...?

MASIHKAH KAU INGAT....... KERANA TERLALU SIBUK dengan tugasan harian hingga tak menyempat nak baca paper pagi minggu baru ni... tetiba bila tengok berita di TV, ada laporan yang mengatakan SATU laporan polis terhadap ANWAR IBRAHIM telah meliwat saiful Bahri yang merupakan pembantu khasnya...

Alih2... ANWAR lari ke kedutaan TURKI, keluar pulak kenyataan PKR mengatakan NYAWA ANWAR SEDANG TERANCAM.. lepas tu PKR tuduh ini adalah satu KONSPIRASI NAK JATUHKAN ANWAR IBRAHIM.. pastu ada kenyataan dari kedutaan TURKI menafikan tentang perlindungan keselamatan telah diberikan kepada ANWAR IBRAHIM..

malah kedutaan TURKI mengatakan kehadiran anwar ibrahim adalah sebagai tetamu dan tak lebih dari itu, LANTAS KEDUTAAN TURKI BERSEDIA MEMBERIKAN KERJASAMA KEPADA KERAJAAN MALAYSIA DALAM ISU ANWAR IBRAHIM INI..

COME ON LAH wahai rakyat Malaysia.. BAGI SAYA MUDAH.. KALAU DAH ADA LAPORAN OLEH MANGSA liwat tersebut, maka POLIS kena siasat.. maka si TERTUDUH pula jika tak buat.. KENAPA PERLU TAKUT.. KENAPA PERLU LARI SEMACAM CACING TERBAKAR YANG MENGGELUPUR KEPANASAN..

KALAU ANWAR IBRAHIM BERANI.. BERIKAN KERJASAMA DENGAN POLIS UNTUK MENYIASAT.. TAK PERLU NAK HURU HARAKAN NEGARA DENGAN MELIBATKAN PENYOKONG NYA YANG DIKATAKAN SANGAT SETIA ITU BERHIMPUN SANA SINI TINGGALKAN ANAK BINI MEREKA HANYA KERANA NAK MENYOKONG KELUARGA ANWAR YANG MEMPUNYAI AGENDA TERSENDIRI YANG SAYA PERCAYA TAK DIKETAHUI OLEH PENGIKUTNYA...

RAKYAT BOLEH MENILAI.. HARI INI PKR NAK LIBATKAN TPM DAN DIKATAKAN NAJIB BERSEKONGKOL DALAM PEMBIKINAN KONSPIRASI INI.. TAK PERLU CERITA TENTANG ORANG LAIN... TAK PERLU MENUNDING JARI PADA ORANG LAIN... SEKARANG INI ADALAH MASA UNTUK ANWAR IBRAHIM BUKTIKAN YANG DIA TIDAK MELIWAT SAIFUL.. ITU SAHAJA.. JANGAN PERBODOHKAN RAKYAT DENGAN MENGAITKAN ORANG LAIN...

JANGAN NAK PORAK PERANDAKAN ORANG-ORANG MELAYU DI NEGARA INI UTK SELAMATKAN DIRI DARI KES LIWAT TERSEBUT.. SAYA PERCAYA, JIKA ANWAR IBRAHIM MASIH BERDOLAK DALIK DENGAN MENGAITKAN CERITA-CERITA YANG BELIAU SENDIRI REKA.. MAKA PENYOKONGNYA JUGA AKAN TERPENGARUH.. JIKA IANYA TIDAK DIKAWAL.. MASING-MASING NAK TUNJUK PANDAI DARIPADA POLIS.. MAKA.. KESANNYA.. ORANG MELAYU SEMAKIN BERPECAH.. AKHIRNYA... ORANG CINA YANG UNTUNG...

SUDAH LAH WAHAI ANWAR IBRAHIM.. BERILAH KERJASAMA DENGAN POLIS.. DENGAN KERAJAAN MALAYSIA, PM PUN DAH BERI JAMINAN BAHAWA KES INI AKAN DISIASAT DENGAN SEADILNYA.. MALAH TAHAP KESELAMATAN TERHADAP DIRINYA PUN DIJAMIN KERAJAAN MALAYSIA..

TAPI JIKA BENAR LAPORAN ITU YANG ANWAR IBRAHIM BETUL2 MELIWAT SAIFUL... PENYOKONG ANWAR JANGAN SUSAH HATI.. SUDAH SAMPAI MASANYA UNTUK MEREKA2 ITU KEMBALI DARI KESESATAN YANG DIPANDU ANWAR..

Monday, June 23, 2008

Anwar dilanda sindrom ‘gila kuasa’

Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini seolah-olah dilanda sindrom ‘gila kuasa’ kerana sanggup melakukan pelbagai provokasi bagi tujuan melemahkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Bung Moktar Radin berkata, Anwar sepatutnya sedar dan akur bahawa pakatan pembangkang kalah dan tidak berjaya untuk membentuk Kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum yang lalu.

Menurut beliau, Anwar dengan angkuh menjaja nama ahli-ahli Parlimen BN kononnya akan berpaling tadah menyokong pakatan pembangkang, sedangkan hakikatnya rakyat telah membuat pilihan dan memberi mandat kepada BN untuk memerintah.

‘‘Kita lihat Anwar sekarang seperti ‘orang gila’ kuasa kerana dia buat kenyataan tanpa fakta kononnya Ahli Parlimen BN sertai dia. Ini semua gimik politik dan provokasi.

“Sebetulnya, bila parti dia kalah, dia mahu cuba dengan cara lain untuk memerintah. Beginilah keadaan orang ‘gila kuasa’ sehingga lupa budaya berpolitik, dia akan mencari helah dan apa juga jalan untuk melemahkan kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Anwar semalam bahawa pakatan pembangkang dijangka dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baru sebelum sambutan Hari Malaysia iaitu pada 16 September ini.

Anwar antara lain berkata, pakatan pembangkang telah mempunyai sebilangan Ahli Parlimen BN yang akan berpaling tadah tetapi tidak mahu tergesa-gesa membuat pengumuman secara terbuka.

Bung Mokhtar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, Ahli Parlimen BN di negeri ini adalah mereka yang mempunyai maruah, dan sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat, tidak mungkin akan melompat parti dengan begitu mudah.

BUAT RENUNGAN..

KATA IBU...
Masih ku ingat kata-kata ibu sambil memberi wang dan berpesan Sayang,
'Pergilah ke kedai Pak Mamat beli sekati gula dan sekati tepungkalau tiada pergi ke kedai Maniam kalau tiada jua belilah di kedai Ah Chong'.


Sambil berlari girang dicelah-celah pepohon nyiur yang melambai indah

dengan sarang-sarang tempua berhayunanbagaikan buaianaku membeli gula dan tepung di kedai Pak Mamat bertahun-tahun begitu sesekali aku ke kedai Maniam dan Ah Chong.

Kata Ibu:

'Beli dikedai Pak Mamat kita dapat berkat Pak Mamat membayar zakat kalau beli di kedai Maniam dan Ah Chong siapa menanggung dosa kalau mereka jadi kaya raya wang tadi dibina patung-patung dewa kita terheret percuma masuk neraka hanya sedikit yang masuk syurga selainnya masuk neraka kerana subahat membina Muruga dan dewa'.

Kata Ibu:

'Kalau mereka menjadi kaya raya nanti mereka menjadi ceti diberi Melayu pinjamnya wang habis dilelongnya tanah warisan kerana Melayu tak mampu bayar hutang'.


Kata Ibu:

'Kalau mereka kaya raya habis dibelinya tanah dan bendang padi naik harga kerana Melayu hanya jadi kuli bukan tuan kilang bukan kita punya kedai juga bukan kita punya tengok tu minum kopi pun kata mereka sedap dikedai Cina'.

Kata Ibu:

'Kalau mereka kaya raya habis dibelinya pekan dan kampung kita nantinya tinggal dipinggir sungai bakau dan berumah di bukit bukau tapi kini sungai juga dibeli dijadikan kolam udang bukit juga dibeli dibina kondo mewah Melayu mahu tinggal di mana dalam hutan belantara?'.

Kata Ibu:

'Tanamlah kucai kita dapat berkat kerana makan sayur yang tidak subahat kucai di kedai Cina disiram najis babi kalau kita tanam kucai kita gemukkan kucai dengan tahi kambing

Kata Ibu:

Jangan makan tokua kalau tak tahu siapa pembuatnya jangan makan mi kalau Ah Chai yang membuatnya kalau makan makanan subahat hati hilang sinarnya kerana memakan makanan subahat hati dipenuhi bintik - bintik hitam penuh noda dan dosahati akhirnya mati kita nantinya semakin renggang dari kekasih tuhan kita nantinya menjauhkan diri yang Maha Pencipta dosa kita berganda-ganda lalu tuhan turunkan bala'..


Itulah, bila ibu berkata rupanya benar-benar belaka. Fikir-fikirkan...

Thursday, June 5, 2008

UJIAN BUAT SEMUA..

Untuk renungan sahabat dan teman-teman yang cinta kepada tanah tumpah negara ini.. suka saya berkongsi pandangan mengenai senario politik dan isu-isu semasa negara yang agak meruncing kebelakangan ini..

Minyak dah pun naik kepada rm2.70 mulai hari ini.. setiap dari kita seakan mula melatah menunding jari menyalahkan sana dan sini.. Hakikatnya jauh disudut hati ini kebimbangan kepada masa depan negara tercinta apabila menerima SMS daripada kenalan menyalahkan kerajaan dan kepimpinan negara dalam kenaikan harga minyak..

Tak perlulah dijelaskan segala fakta hakikat sebenar punca kenaikan minyak.. begitu jua dengan keputusan post mortem yang dibuat dalam keputusan PRU ke12 baru-baru ini dengan selebar-lebarnya..

Yang pasti semua yang berlaku itu sebenarnya adalah UJIAN DAN DUGAAN ALLAH kepada kita semua dalam menempuhi hidup yang semakin mencabar ini.. Hanya 'keadaan' dan 'alat' sahaja yang berbeda... namun ianya jika diamati hanya untuk menguji loyalti kita kepada pemimpin, kesabaran kita.. kekuatan dan perpaduan kita semua... Sejauh mana kita mampu mengharungi kehidupan didunia ini,, kehidupan di negara ini, kehidupan dalam keluarga ini dengan penuh NILAI yang mantap, dengan penuh kekuatan dalam erti kata yang sebenar..

Adakah hanya dek kerana nyamuk... negara kita gadaikan.. Adakah hanya keputusan Kerajaan menaikkan harga minyak yang jelas merupakan masalah seluruh dunia ini pada hari semalam ramai rakyat malaysia melatah dan terus mendokong serta menyokong orang-orang bukan melayu khususnya mereka yang ditaja oleh yahudi yang telah sekian lama menanti detik untuk memusnahkan negara tercinta ini daripada kepimpinan melayu?

Sedarlah... kita punyai cara dan saluran yang betul dalam menyuarakan pendapat... mengadu permasalahan.. bukan dengan cara tuduh menuduh.. berburuk sangka.. Saya bimbang dek kerana hilang tahap kesabaran itu.. dek kerana rasa marah itu.. kita semua akan merasai KERUGIAN YANG HAKIKI...

Bangkitlah wahai sahabat-sahabatku.. tiada masalah yang tak boleh diselesaikan.. tiada penyakit yang tiada penawar... Bersatulah dibawah kepimpinan hari ini... bersamalah kita mencipta kegemilangan dengan penuh bijaksana...

Dan ketahuilah wahai sahabatku... Disaat ini ramai dan banyak orang yang akan mengambil kesempatan diatas kelekaan kita semua..

Wednesday, May 21, 2008

SELANGOR MAJU?


MENTERI BESAR SELANGOR..
DIAPIT OLEH RAKAN SEPERJUANGAN..
ADAKAH SEPERTI PERJUANGAN SEBELUMNYA..??

INIKAH CARANYA..???
KESAN DARIPADA KEPUTUSAN YANG DIBUAT..
RENUNGKANLAH...

Kesetiaan ahli kepada parti jamin survival Umno, BN


KEADAAN politik dalam negara tidak pernah sunyi selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 berakhir 8 Mac lalu kerana ada saja berita sensasi, kontroversi dan gempar, tercetus atau dicetus sama ada oleh tokoh dalam parti pembangkang atau Barisan Nasional (BN), termasuk apa yang terjadi ketika sidang Dewan Rakyat. Pastinya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sendiri tidak pernah sunyi daripada mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi.

Terbaru ialah kenyataannya supaya Ahli Parlimen BN keluar daripada gabungan itu buat sementara waktu bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan selepas usaha itu berjaya kembali semula ke dalam BN, bukan menyertai pembangkang.

Kelmarin, Dr Mahathir membuat kejutan apabila keluar daripada Umno dan mengajak ahli parti itu untuk turut berbuat demikian, juga dalam bentuk sementara sebelum kembali semula kepada Umno selepas Presiden parti bertukar.

Kita akui, BN khususnya Umno kini berdepan keadaan yang sukar, iaitu sukar dalam erti kata untuk memberi mesej yang tepat kepada ahli pada peringkat bawah dan pada masa sama cuba meyakinkan pemimpin Umno pada pelbagai peringkat untuk terus bersama parti itu.

Di sinilah ujian serta cabaran kepada ahli Umno dan BN. Hanya kesetiaan kepada parti akan menjamin survival Umno dan BN. Kelmarin, hampir semua Ahli Parlimen daripada Umno menyatakan sokongan padu kepada kepemimpinan Abdullah sebagai Presiden Umno serta berikrar tidak akan meninggalkan parti seperti disarankan Dr Mahathir - tindakan yang jelas menunjukkan kesetiaan mereka kepada parti.

Kita akui sebahagian besar mereka sudah menjadi Ahli Parlimen, timbalan menteri atau menteri ketika zaman Dr Mahathir. Malah, kita juga akui sebilangan mereka tetap menghormati, menyanjung dan mengingati jasa Dr Mahathir, tetapi pada masa sama, mereka tetap akur kepada amalan demokrasi.

Amalan demokrasi ialah menghormati keputusan rakyat yang memilih BN untuk memerintah dan gabungan 14 parti pemerintah memilih Presiden Umno - yang memimpin parti yang mendapat majoriti - untuk mengetuai kerajaan.

Benar, BN tidak memperoleh majoriti dua pertiga, tetapi ia tetap majoriti dalam bentuk majoriti mudah untuk memerintah. Menyingkirkan Perdana Menteri secara tidak demokratik seperti desakan Dr Mahathir adalah bercanggah dengan amalan demokrasi dan sistem berperlembagaan.

Kaedah disyorkan Dr Mahathir, iaitu untuk ahli Umno keluar parti dan Ahli Parlimen BN keluar BN buat sementara sememangnya boleh dilakukan, tetapi itu satu bentuk ugutan, cara kasar dan membelakangi kehendak rakyat. Dr Mahathir sendiri sebelum ini kerap menasihatkan ahli parti supaya terus setia kepada parti, bukan pemimpin.

Dalam keadaan sekarang, semua ahli Umno yang taat kepada parti dan ahli BN perlu bersatu untuk terus berdiri teguh di belakang Abdullah selaku Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi BN. Hanya kesetiaan itu akan menjamin kestabilan politik. Malah, orang Umno sendiri sudah cukup matang dan sebarang krisis timbul seperti yang pernah berlaku sebelum ini, berjaya diselesaikan dengan ‘cara Umno’.

Bagaimanapun, untuk merapatkan lagi perpaduan dan menunjukkan kesetiaan kepada parti, pemimpin Umno sekarang perlu memikirkan langkah seterusnya bagaimana menenangkan keadaan supaya tidak menjadi parah yang boleh mengundang ‘barah’ dalam Umno.

Kita percaya Umno boleh menangani masalah dalamannya. Sememangnya, sebelum ini pun sudah banyak kali pemimpin, termasuk bekas Presidennya bertindak keluar parti, tetapi Umno tetap wujud dan terus menjadi nadi kepada kerajaan BN.

‘Dakwaan Anwar cakap kosong’

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) KS Nallakaruppan semalam mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bercakap benar berhubung dakwaannya yang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan melompat menyertai pembangkang.

Beliau berkata, apa saja dakwaan bekas rakan baiknya itu berhubung wakil rakyat BN akan melompat parti tidak patut diterima atau dipercayai. "Dia berbohong, saya tidak percayakannya," katanya di lobi Parlimen semalam.

Mengulas lanjut, Nallakaruppan berkata, walaupun sudah mengenali Anwar selama 30 tahun, apa yang beliau mahu lakukan sekarang adalah menjauhkan diri daripada bekas Timbalan Perdana Menteri itu buat selama-lamanya.

Ditanya adakah beliau meragui kenyataan dan hubungannya dengan Anwar dan dakwaan Penasihat PKR itu ‘Prime Minister - in - waiting’ (bakal Perdana Menteri), Nallakarupan berkata: "Beliau (Anwar) boleh terus menunggu".
Terdahulu, Nallakarupan mengadakan pertemuan singkat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyatakan sokongannya kepada kepemimpinan Abdullah sebagai Perdana Menteri.

"Saya tidak fikir beliau seorang pemimpin yang lemah. Beliau adalah pemimpin yang baik," katanya sambil menambah sudah mengenali Abdullah selama beliau mengenali Anwar.

Katanya, antara isu yang dibincangkan dalam pertemuan dengan Abdullah adalah permohonan MUIP untuk menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai lanjutan kepada permohonan bertulis yang dikemukakan kepada Pengerusi BN itu selepas pilihan raya umum lalu. "
Saya mengharapkan yang terbaik. Beliau berhak menerima atau menolak permohonan itu," katanya dan menambah beliau yakin partinya dapat menarik lebih banyak ahli jika diterima menyertai BN.

Nallakarupan berkata, tiada salahnya jika BN mempunyai satu lagi parti berasaskan kaum India asalkan setiap parti memberi khidmat kepada rakyat.
Ditanya kenapa beliau menubuhkan parti baru dan tidak menyertai MIC yang sememangnya komponen BN, Nallakarupan berkata, pihaknya tidak dijemput menyertai semula bekas partinya itu.

Mengenai hubungannya dengan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, beliau menganggap bekas Menteri Kerjaraya itu sebagai kawan baiknya. "Beliau banyak mengajar saya. Beliau adalah guru saya," katanya.

Fahami ketepatan maksud ketuanan Melayu

KETUANAN Melayu telah dikaitkan sebagai antara faktor penyumbang kekalahan kerusi-kerusi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum baru-baru ini. Kononnya istilah itu menakutkan masyarakat bukan Melayu, sehingga timbul persepsi yang salah terhadap maksudnya yang sebenar. Ia juga "dipakejkan" oleh parti pembangkang sebagai satu alat untuk menindas kaum-kaum lain.

Di laman-laman blog dan beberapa akhbar berbahasa Inggeris pula telah menterjermahkan Ketuanan Melayu sebagai Malay Supremacy yang bersifatkan perkauman.

Manakala yang terbaru pula seorang menteri kanan dari parti komponen menggesa supaya perkataan "ketuanan" itu tidak digunakan langsung. Hujah beliau perkataan "tuan" lawannya adalah "hamba", oleh yang demikian menggambarkan bahawa seolah-olah bangsa bukan Melayu sebagai "hamba".

Adalah sungguh malang sekali dalam usaha mereka memutarbelitkan kenyataan pejuang-pejuang Ketuanan Melayu ini , pihak pro-pembangkang telah berjaya melahirkan perasaan benci, meluat dan menyampah masyarakat bukan Melayu terhadap orang-orang Melayu itu sendiri, seperti yang telah diungkapkan oleh Awang Selamat di dalam Utusan Malaysia, 13 Mei 2008.

Perkembangan ini amat membimbangkan kerana agenda dan maksud sebenar Ketuanan Melayu telah menyimpang jauh hasil daripada eksploitasi pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik. Adalah menjadi kewajipan setiap pemimpin yang mendukung dan menyokong konsep Ketuanan Melayu ini untuk memberikan penjelasan kepada segenap lapisan masyarakat.

Langkah ini penting supaya ketidakpuasan hati dan kekeliruan mengenai is- tilah ketuanan Melayu dapat ditangani demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum.
Andaian "Ketuanan Melayu" sebagai si- nonim dengan penghambaan atau peminggiran kaum-kaum lain adalah amat tidak berasas sama sekali. Ia tidak serupa dengan "ketuanan satu bangsa" yang pernah dilaungkan oleh bekas Presiden parti One Nation yang berhaluan kanan.

Pauline Hanson secara terang-terangan berkempen untuk mendiskriminasi etnik- etnik minoriti di Australia, sehingga pada satu ketika pernah mencadangkan penghantaran pulang bangsa-bangsa Asia yang bermastautin di Australia pada tahun 90an. Ketuanan Melayu juga tidak boleh diterjermahkan sebagai Malay Supremacy yang sebenarnya membawa maksud "Keagungan Melayu".

Contoh-contoh rejim yang mempromosikan keagungan kaum adalah seperti parti Nazi di Jerman pada era 1930an dan 1940an yang mengagungkan bangsa mereka sebagai masterclass tetapi menindas kaum Yahudi.

Zionis di Israel pula menganggap bangsa Yahudi sebagai bangsa "terpilih oleh tuhan" tetapi menzalimi bangsa Palestin, Apartheid di Afrika Selatan yang menindas etnik majoriti kulit hitam dan Klu Klux Klan di Amerika Syarikat yang melihat kaum kulit putih sebagai master race tetapi menanam perasaan jijik dan benci terhadap bangsa-bangsa lain, terutamanya dari Afrika.

Berdasarkan juga kepada contoh-contoh di atas, setiap rejim yang "mengagungkan" sesuatu bangsa akan menzalimi dan mendiskriminasi kaum yang lain. Persoalannya, adakah bangsa bukan Melayu di Malaysia ini ditindas? Adakah suara-suara yang melaung-laungkan Ketuanan Melayu ini juga terlibat dalam kempen membencikan kaum-kaum lain?

Maksud sebenar Ketuanan Melayu adalah lebih mirip kepada Malay Dominance dan bukannya Malay Supremacy atau Malay Superiority. Ia kerap dilaungkan dengan lantang kerana Melayu tidak dominan di dalam sektor ekonomi, kerjaya, pendidikan dan juga politik. Di dalam senarai Forbes 2008, hanya terdapat seorang Melayu di dalam senarai 10 lelaki terkaya di Malaysia. Eksekutif Melayu hanya di syarikat-syarikat milik kerajaan tetapi bilangan mereka di sektor swasta terlalu kurang.

Ini secara langsung menyumbangkan kepada statistik yang menunjukkan bahawa pendapatan seisi rumah keluarga Melayu merupakan yang terendah antara ketiga-tiga kaum. Pelajar-pelajar Melayu yang unggul semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak cemerlang di peringkat universiti. Bahkan, di sektor yang sepatutnya ditunjangi oleh Melayu seperti Perbankan Islam dan Hub Halal, Melayu sudah ketinggalan.

Inilah yang menjadi agenda sebenar pejuang-pejuang Ketuanan Melayu, yang tidak mahu melihat bangsa mereka yang merupakan bangsa paling dominan dari segi bilangannya di negara tercinta ini, hanya menjadi dominan di dalam "sektor" yang menghasilkan Mat Rempit, penagih dadah, keciciran sekolah, pengangguran, bohsia, muflis, kemiskinan tegar dan akhir sekali, perpecahan antara satu sama lain. Memperjuangkan Ketuanan Melayu bermaksud menaikkan martabat orang Melayu, supaya ia menjadi satu bangsa yang kuat, maju, bersatu dan disegani.

Utusan online 15 may 2008

AYUH PEMIMPINKU... TERUSKAN PERJUANGANMU..

Bersalaman di masjid ketika majlis pengebumian Tan Sri S.M Nasimuddin.

Syarat Pertama:"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," kata Tun M.
Syarat Kedua:“Jangan masuk mana-mana parti lain jika keluar dari parti UMNO.” Kata Tun M.Jika begitu, tidak perlu terikut dan terpengaruh dengan gesaan Tun M untuk keluar dari parti UMNO.

Rasionalnya, Tun M masih lagi mengiktiraf hanya parti UMNO yang boleh mendaulatkan agama Islam dan orang Melayu. Parti parti lain seperti PAS dan PKR tidak boleh buat apa yang UMNO telah buat.Tun M nampaknya sengaja untuk memprovokasi sesetengah pihak untuk mencuba sejauh mana kekuatan sebenar Pak Lah sebelum pemilihan UMNO pada hujung tahun ini. Ahli-ahli UMNO tidak perlu terburu buru dalam membuat sebarang keputusan yang akan merugikan bangsa.

Pemilihan UMNO adalah pentas untuk luahan sebenar tentang apa yang dirasakan baik untuk kepimpinan parti. Bersabarlah menanti pemilihan sebenar. Lihatlah siapa yang paling suka bila konflik berlaku dalam parti terbesar Melayu ini? Bayangkan betapa gembiranya think tank neo konservatif barat bila mendapat tahu bahawa pemimpin Melayu sedang bergasak sesama sendiri sekali lagi. Jarum mereka telah berjaya ?.

Apakah mereka tidak berasa dengki melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, tetapi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menterinya ialah orang Melayu? Apakah mereka tidak merasa cemburu melihat UMNO yang mendominasi kabinet kerajaan Malaysia?.
Tan Seng Giaw (Timbalan Pengerusi DAP) telah menyatakan bahawa ``Apa sebab Dr. Mahathir mahu keluar dari UMNO. Apakah kerana masalah kepimpinan atau sebagainya.

Kita pun tidak faham.`Adakah Dr. Mahathir keluar UMNO kerana menganggap parti itu sudah tidak relevan lagi,’’ Ini satu sindiran yang tajam pada orang Melayu. Apakah Tan Seng Giaw gembira melihat orang Melayu bergasak sesama sendiri?. Apakah Karpal akan semakin naik tocang selepas ini?

Tidak perlu meletakan emosi dan pendapat peribadi melebihi perlembagaan dan prinsip parti. Kasihanilah orang bawahan yang berjuang bersungguh sungguh untuk parti. Kalau ada pun konflik atasan, jangan biarkan orang di peringkat cawangan (kampung) terjebak sama dalam konflik.

Gajah bergasak dengan gajak, kasihanilah kancil yang tersepit di celah celah. Bila orang bawahan lihat konflik diperbesarkan, tanpa terlebih dahulu melihat maksud tersirat sesuatu perkara, maka mereka akan jadi gelisah, keliru dan bimbang. Dulu pernah terjadi konflik antara Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman, antara pengasas UMNO dan bapa kemerdekaan. Namun akhirnya, ianya reda dan rakyat kembali pada perjuangan yang sebenar.

Usah kelirukan rakyat dan biarkan mereka dalam dilema. Kasihanilah orang bawahan. Banyak lagi perkara yang perlu diutamakan berbanding melayan perspektif suka dan tidak suka pada seseorang. Percayalah, konflik hanya sementara.

Suatu hari semuanya akan bertaup kembali seperti gambar di atas. Tetaplah berada dalam perjuangan, kerana kalau kita sibuk bergasak, ada orang lain sedang mentertawakan dan bertepuk tangan melihat kita bergasak. Marah pijat, jangan dibakar kelambu.

Kasihanilah orang bawahan. (EHSAN Angin Perubahan)

APA CERITA??

Enggan terbabit dalam kemelut politik Umno, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini menggesa Perdana Menteri menunaikan janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan rayaumum 8 Mac lalu.



Beliau berkata masanya sudah tiba bagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga pengerusi BN dan presiden Umno, untuk merealisasikan janji yang dibuat oleh kerajaan sebelum pilihanraya.

"MIC yang menyokong penuh kepimpinan Abdullah sebagai perdana menteri dan pengerusi BN, merasakan adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan semua janji yang telah dibuat ditunaikan...dan oleh kerana kini masanya untuk bekerja, adalah adil bagi kami untuk meminta beliau memenuhi janji itu," kata Samy Vellu kepada Bernama hari ini.

"MIC yang menyokong penuh kepimpinan Abdullah sebagai perdana menteri dan pengerusi BN, merasakan adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan semua janji yang telah dibuat ditunaikan...dan oleh kerana kini masanya untuk bekerja, adalah adil bagi kami untuk meminta beliau memenuhi janji itu," kata Samy Vellu kepada Bernama hari ini.

Samy jumpa KSN

Bernama juga melaporkan, Samy Vellu menemui Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk merayu bagi pihak 187 pelajar cemerlang India Malaysia yang gagal mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tahun ini. Samy Vellu berkata 187 pelajar itu, tiga daripadanya memperoleh 12 A1, tujuh (11 A1), 68 (10 A1), 66 (9 A1) dan 43 (8 A1) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Saya memberi penjelasan kepada Ketua Setiausaha Negara mengenai perlunya membantu pelajar ini. Ini selaras dengan aspirasi kami untuk mewujudkan sekurang-kurangnya dua profesional dalam setiap keluarga India di negara ini."Beliau amat memahami dan berjanji akan melakukan yang terbaik untuk membantu pelajar ini yang cemerlang dalam pelajaran mereka," katanya.

Pada masa ini, katanya, hanya 72 pelajar India menerima biasiswa JPA daripada 2,000 biasiswa yang ditawarkan.Katanya Setiausaha Agung MIC Datuk Dr S. Subramaniam, yang juga Menteri Sumber Manusia, S.K Devamany, Timbalan Menteri di Jabatan Pedana Menteri dan Ketua Biro Pendidikan MIC Prof Datuk T. Marimuthu juga akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pengarah JPA Tan Sri Ismail Adam petang ini untuk membincangkan perkara itu.

"Kami mengambil pendekatan serampang dua mata untuk menyelesaikan masalah ini. Kami percaya beberapa pelajar dalam senarai 187 pelajar itu akan dipertimbangkan," kata Samy Vellu.

Monday, May 12, 2008

Lestarikan Kemerdekaan Dengan Perpaduan

Malaysia selaku negara yang merdeka dan berdaulat dengan Islam dijadikan sebagai agama rasmi dan umatnya sebagai penduduk majoriti merupakan suatu nikmat terbesar yang harus disyukuri oleh umat Islam di negara ini.
Bagi mengekalkan keamanan dan kemerdekaan tersebut, semangat perpaduan antara umat Islam adalah faktor terpenting malah ia merupakan senjata yang paling ampuh dalam memastikan kedudukan Islam tidak terpinggir, ditelan oleh arus kemajuan dan pemodenan yang dipenuhi dengan segala kenikmatan yang melalaikan.

Bahkan seharusnya selaku umat yang terbaik kita hendaklah sentiasa tegas dan berpegang pada prinsip yang mahukan umatnya maju dan merdeka dalam segala aspek termasuklah merdeka daripada sebarang perkara yang menyesatkan jiwa dan minda atau dalam ertikata lain aqidah tidak terjajah dan minda tidak terpengaruh dengan ideologi-ideologi yang sesat. Maka dengan dengan wujudnya keutuhan ummah dalam sebuah negara Islam yang merdeka, agama Islam juga hendaklah didaulatkan agar berkembang selari dengan keadaan dan zaman supaya kemakmuran negara makin bertambah dan mendapat keredhaan daripada Allah,

Sesuai dengan ciri-ciri yang disebutkan di dalam al-Quran yang maksudnya: ”negeri yang baik (aman dan makmur) dan mendapat pengampunan Allah.” (Saba’: 15).

Malah lebih daripada itu, segala apa yang berlaku di negara-negara Islam lain yang menghadapi tregedi-tragedi peperangan, penderitaan akibat kebuluran, pecah belah dan hura-hara harus diambil pengajaran oleh kita semua agar tidak ditimpa nasib yang sama.

Bangkitlah wahai umat melayu... usah gadaikan negara hanya kerana nafsu dan emosi terpedaya dengan fitnah dan retorik oleh mereka yang ditaja YAHUDI..

"SAYANG DAN MENYAYANGI"

دروايتكن درڤد اناس رضي الله عنه: “ نبي محمد ساو ڤرنه برسبدا: “ تيدق اد سأورڠ ڤون د انتارا كاليان دڤندڠ برايمان سبلوم اي مڽايڠي ساوداراڽ سسام مسلم سڤرتي حالڽ "اي مڽايڠي ديريڽ سنديري
Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”

Kiblat Kita Sama..

DIMANA PUN KITA BERADA..
APAPUN FAHAMAN KITA..
SIAPA PUN DIRI KITA..
NAMUN..

KIBLAT KITA TETAP SATU.. MENGAPA KITA PERLU BERPECAH..??!! AYUH.. BERSATULAH BANGSAKU!! HADHARIKANLAH CARA FIKIRMU..!!

Saturday, May 10, 2008

UBAH CARA UMNO LAYAN PARTI KOMPONEN BN?

Tertarik dengan kenyataan terbuka penasihat Parti Gerakan baru-baru ni yang jelas menunjukkan pelbagai persepsi yang pelbagai tentang kepentingan PERPADUAN ORANG MELAYU SAAT INI..(BERITA PENUH, Malaysiakini.com) Apr 30, 08 / 6:51pm,

Penasihat Gerakan, Dr Lim Keng Yaik mencadangkan beberapa pendekatan untuk memulihkan semula kekuatan Barisan Nasional, bermula dengan mengubah cara Umno melayan parti-parti komponen BN."Langkah pertama ialah meyakinkan Umno bahawa sikap cepat puas hati, angkuh dan salah guna kuasa mesti dihentikan."Ubah cara bagaimana Umno harus melayan parti-parti komponen BN serta memberi tanggapan kepada rakyat pelbagai kaum bahawa kita sama-sama duduk semeja merancang untuk rakyat Malaysia dan bukan untuk satu kaum sahaja," katanya.Tegasnya, parti-parti komponen BN tidak boleh dilihat seolah-olah seperti meminta sedekah dan persepsi inilah yang telah bertukar menjadi undi negatif dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.Pendekatan kedua, tegas bekas menteri tenaga, air dan komunikasi itu ialah untuk kesemua 14, termasuk Umno, bergabung dan menjadikan BN sebuah parti pelbagai kaum.

Jika usaha itu gagal, katanya, 13 parti komponen BN yang lain boleh bergabung jika Umno tidak mahu berbuat demikian."Jika Umno tidak boleh menerima penggabungan BN menjadi sebuah parti pelbagai kaum [...] maka parti-parti komponen BN yang lain boleh memikirkan untuk bergabung dan menjadi rakan kepada Umno.Senario politik baru"Daripada bertindak mengikut cara masing-masing, (13 parti komponen BN itu) boleh menjadi sebuah parti yang besar dan ia akan memberi kesan yang lebih besar untuk berdepan dengan Umno," tegasnya dalam wawancara dengan Malaysiakini Isnin lalu. Dalam pilihanraya umum 8 Mac,

BN memenangi 140 kerusi parlimen tetapi gagal mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. BN juga tumbang di empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - manakala PAS berjaya mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi.Bekas presiden Gerakan mengakui bahawa beliau gagal untuk mengubah senario politik dan BN untuk menerima pendekatan politik pelbagai kaum.Lim secara tidak langsung mengakui kekalahan Gerakan itu ada kaitan dengan Umno walaupun berulang kali menegaskan bahawa beliau tidak mahu "menuding jari.""Dalam kawasan majoriti Melayu, Umno menyumbang (undi), tetapi Umno tidak menyumbangkan (undi) Melayu di kawasan bandar.Kerusi pengundi campuran yang selamat sejak 15 tahun lalu, adalah yang paling teruk terjejas (dalam pilihanraya umum ke-12)."Bukan Melayu melihat keangkuhan Umno, ketuanan Melayu, keris dihunus, dan cara mereka berucap di perhimpunan agung Umno.'Siapa puncanya'"Kita (Gerakan) juga tidak menyumbang undi. Kita juga gagal. Tetapi siapakah yang menjadi puncanya?" tegas beliau.

Ditanya mengenai pertikaian dalam Umno sekarang, Lim berkata, jika parti itu berterusan begitu, ia akan memberi kesan negatif dalam pilihanraya umum akan datang."Jika anda mahu menyelesaikan (pertikaian itu), lakukan dengan segera. Dan ia hanya boleh diselesaikan oleh pemimpin Umno. Mereka perlu tahu apa yang terbaik untuk parti tersebut," tegasnya.Umno berdepan dengan masalah dalaman apabila ada ahli-ahlinya mendesak dilakukan peralihan kuasa daripada presidennya dan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak.Sementara itu, Lim meramalkan bahawa Pakatan Rakyat juga akan berdepan dengan masalah yang dihadapi oleh BN selama ini."Mereka akan berdepan dengan masalah sama yang kita hadapi selama ini. Mereka akan terpaksa menyelesaikan masalah dengan PAS seperti kita perlu menyelesaikan masalah dengan Umno."Mereka akan perlu menyelesaikan masalah masyarakat minoriti kaum India dan yang lain-lainnya secara saksama," katanya.

WELCOME TO ALL OF YOU..

SELAMAT DATANG KE PULAU LANGKAWI KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT PUTERI...


MASIHKAH KAU INGAT AKAN SETIAP APA YANG TELAH DIPERKATAKAN INI...???

Wednesday, February 13, 2008