Wednesday, May 21, 2008

AYUH PEMIMPINKU... TERUSKAN PERJUANGANMU..

Bersalaman di masjid ketika majlis pengebumian Tan Sri S.M Nasimuddin.

Syarat Pertama:"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," kata Tun M.
Syarat Kedua:“Jangan masuk mana-mana parti lain jika keluar dari parti UMNO.” Kata Tun M.Jika begitu, tidak perlu terikut dan terpengaruh dengan gesaan Tun M untuk keluar dari parti UMNO.

Rasionalnya, Tun M masih lagi mengiktiraf hanya parti UMNO yang boleh mendaulatkan agama Islam dan orang Melayu. Parti parti lain seperti PAS dan PKR tidak boleh buat apa yang UMNO telah buat.Tun M nampaknya sengaja untuk memprovokasi sesetengah pihak untuk mencuba sejauh mana kekuatan sebenar Pak Lah sebelum pemilihan UMNO pada hujung tahun ini. Ahli-ahli UMNO tidak perlu terburu buru dalam membuat sebarang keputusan yang akan merugikan bangsa.

Pemilihan UMNO adalah pentas untuk luahan sebenar tentang apa yang dirasakan baik untuk kepimpinan parti. Bersabarlah menanti pemilihan sebenar. Lihatlah siapa yang paling suka bila konflik berlaku dalam parti terbesar Melayu ini? Bayangkan betapa gembiranya think tank neo konservatif barat bila mendapat tahu bahawa pemimpin Melayu sedang bergasak sesama sendiri sekali lagi. Jarum mereka telah berjaya ?.

Apakah mereka tidak berasa dengki melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, tetapi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menterinya ialah orang Melayu? Apakah mereka tidak merasa cemburu melihat UMNO yang mendominasi kabinet kerajaan Malaysia?.
Tan Seng Giaw (Timbalan Pengerusi DAP) telah menyatakan bahawa ``Apa sebab Dr. Mahathir mahu keluar dari UMNO. Apakah kerana masalah kepimpinan atau sebagainya.

Kita pun tidak faham.`Adakah Dr. Mahathir keluar UMNO kerana menganggap parti itu sudah tidak relevan lagi,’’ Ini satu sindiran yang tajam pada orang Melayu. Apakah Tan Seng Giaw gembira melihat orang Melayu bergasak sesama sendiri?. Apakah Karpal akan semakin naik tocang selepas ini?

Tidak perlu meletakan emosi dan pendapat peribadi melebihi perlembagaan dan prinsip parti. Kasihanilah orang bawahan yang berjuang bersungguh sungguh untuk parti. Kalau ada pun konflik atasan, jangan biarkan orang di peringkat cawangan (kampung) terjebak sama dalam konflik.

Gajah bergasak dengan gajak, kasihanilah kancil yang tersepit di celah celah. Bila orang bawahan lihat konflik diperbesarkan, tanpa terlebih dahulu melihat maksud tersirat sesuatu perkara, maka mereka akan jadi gelisah, keliru dan bimbang. Dulu pernah terjadi konflik antara Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman, antara pengasas UMNO dan bapa kemerdekaan. Namun akhirnya, ianya reda dan rakyat kembali pada perjuangan yang sebenar.

Usah kelirukan rakyat dan biarkan mereka dalam dilema. Kasihanilah orang bawahan. Banyak lagi perkara yang perlu diutamakan berbanding melayan perspektif suka dan tidak suka pada seseorang. Percayalah, konflik hanya sementara.

Suatu hari semuanya akan bertaup kembali seperti gambar di atas. Tetaplah berada dalam perjuangan, kerana kalau kita sibuk bergasak, ada orang lain sedang mentertawakan dan bertepuk tangan melihat kita bergasak. Marah pijat, jangan dibakar kelambu.

Kasihanilah orang bawahan. (EHSAN Angin Perubahan)

1 comment:

redhailahi said...

Salam...
Betul tu, kita sebagai org bwhn jgn terpengaruh dan cepat melatah dgn apa yg berlaku.. sepatutnya kita yg di bawah ni perlu menguatkan tekad dan percaya pada pucuk pimpinan dan jangan terpengaruh dgn godaan yg akan membawa kepada kemusnahan bangsa..
marilah kita sama-sama berjuang untuk memartabatkan bangsa Melayu dan menjadikan bangsa kita sbgai bangsa yang disegani dan dikagumi orang lain. Anggaplah kes Tun ini sebagai satu halangan yang perlu kita tempuhi untuk berjaya. Jgn kerana satu halangan, usaha kita selama ini akan menjadi sia-sia dan sekadar pemanis mulut kala berbicara shja. Sematkn azam dan tekad untuk tetap taat dan setia dan percaya pada pucuk pimpinan..