Monday, May 12, 2008

Lestarikan Kemerdekaan Dengan Perpaduan

Malaysia selaku negara yang merdeka dan berdaulat dengan Islam dijadikan sebagai agama rasmi dan umatnya sebagai penduduk majoriti merupakan suatu nikmat terbesar yang harus disyukuri oleh umat Islam di negara ini.
Bagi mengekalkan keamanan dan kemerdekaan tersebut, semangat perpaduan antara umat Islam adalah faktor terpenting malah ia merupakan senjata yang paling ampuh dalam memastikan kedudukan Islam tidak terpinggir, ditelan oleh arus kemajuan dan pemodenan yang dipenuhi dengan segala kenikmatan yang melalaikan.

Bahkan seharusnya selaku umat yang terbaik kita hendaklah sentiasa tegas dan berpegang pada prinsip yang mahukan umatnya maju dan merdeka dalam segala aspek termasuklah merdeka daripada sebarang perkara yang menyesatkan jiwa dan minda atau dalam ertikata lain aqidah tidak terjajah dan minda tidak terpengaruh dengan ideologi-ideologi yang sesat. Maka dengan dengan wujudnya keutuhan ummah dalam sebuah negara Islam yang merdeka, agama Islam juga hendaklah didaulatkan agar berkembang selari dengan keadaan dan zaman supaya kemakmuran negara makin bertambah dan mendapat keredhaan daripada Allah,

Sesuai dengan ciri-ciri yang disebutkan di dalam al-Quran yang maksudnya: ”negeri yang baik (aman dan makmur) dan mendapat pengampunan Allah.” (Saba’: 15).

Malah lebih daripada itu, segala apa yang berlaku di negara-negara Islam lain yang menghadapi tregedi-tragedi peperangan, penderitaan akibat kebuluran, pecah belah dan hura-hara harus diambil pengajaran oleh kita semua agar tidak ditimpa nasib yang sama.

Bangkitlah wahai umat melayu... usah gadaikan negara hanya kerana nafsu dan emosi terpedaya dengan fitnah dan retorik oleh mereka yang ditaja YAHUDI..

1 comment:

ronaldinho said...

Banyak orang Melayu yang tidak sedar apa realiti sebenar yang berlaku di dalam negara ini. Dengan mengikut emosi yang melampau mereka telah salah membuat pilihan. Tahukah bahawa kuasa orang Melayu sedang terancam akibat perpecahan sesama sendiri. Adakah pihak 'di sana' tidak merasa kegoncangan yang berlaku ketika ini. Ayuhlah kita bersatu padu bagi mengukuhkan kedaulatan bangsa bagi menjamin kesejahteraan di bumi yang tercinta ini.