Wednesday, May 21, 2008

APA CERITA??

Enggan terbabit dalam kemelut politik Umno, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini menggesa Perdana Menteri menunaikan janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan rayaumum 8 Mac lalu.



Beliau berkata masanya sudah tiba bagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga pengerusi BN dan presiden Umno, untuk merealisasikan janji yang dibuat oleh kerajaan sebelum pilihanraya.

"MIC yang menyokong penuh kepimpinan Abdullah sebagai perdana menteri dan pengerusi BN, merasakan adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan semua janji yang telah dibuat ditunaikan...dan oleh kerana kini masanya untuk bekerja, adalah adil bagi kami untuk meminta beliau memenuhi janji itu," kata Samy Vellu kepada Bernama hari ini.

"MIC yang menyokong penuh kepimpinan Abdullah sebagai perdana menteri dan pengerusi BN, merasakan adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan semua janji yang telah dibuat ditunaikan...dan oleh kerana kini masanya untuk bekerja, adalah adil bagi kami untuk meminta beliau memenuhi janji itu," kata Samy Vellu kepada Bernama hari ini.

Samy jumpa KSN

Bernama juga melaporkan, Samy Vellu menemui Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk merayu bagi pihak 187 pelajar cemerlang India Malaysia yang gagal mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tahun ini. Samy Vellu berkata 187 pelajar itu, tiga daripadanya memperoleh 12 A1, tujuh (11 A1), 68 (10 A1), 66 (9 A1) dan 43 (8 A1) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Saya memberi penjelasan kepada Ketua Setiausaha Negara mengenai perlunya membantu pelajar ini. Ini selaras dengan aspirasi kami untuk mewujudkan sekurang-kurangnya dua profesional dalam setiap keluarga India di negara ini."Beliau amat memahami dan berjanji akan melakukan yang terbaik untuk membantu pelajar ini yang cemerlang dalam pelajaran mereka," katanya.

Pada masa ini, katanya, hanya 72 pelajar India menerima biasiswa JPA daripada 2,000 biasiswa yang ditawarkan.Katanya Setiausaha Agung MIC Datuk Dr S. Subramaniam, yang juga Menteri Sumber Manusia, S.K Devamany, Timbalan Menteri di Jabatan Pedana Menteri dan Ketua Biro Pendidikan MIC Prof Datuk T. Marimuthu juga akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pengarah JPA Tan Sri Ismail Adam petang ini untuk membincangkan perkara itu.

"Kami mengambil pendekatan serampang dua mata untuk menyelesaikan masalah ini. Kami percaya beberapa pelajar dalam senarai 187 pelajar itu akan dipertimbangkan," kata Samy Vellu.

No comments: